Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2017

Kategori

Hutan

Nombor Soalan

42

Soalan

​Dr. Azman Bin Ismail [Kuala Kedah] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan :

(a) luas dan peratus kawasan hutan mengikut negeri-negeri di Malaysia ; dan

(b) luas dan peratus kawasan pertanian di Malaysia yang berasal daripada penerokaan hutan baru sejak 1997.

Jawapan

​Tuan Yang di-Pertua,

(a) Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Jabatan Perhutanan Sabah dan Jabatan Hutan Sarawak telah membuat semakan dan mendapati kawasan berhutan di Malaysia bagi tahun 2015 adalah seluas 18,254,860 hektar ataupun 55.3 peratus daripada keluasan tanah di Malaysia. Daripada keluasan tersebut, sejumlah 14,467,994 hektar merupakan kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK). Maklumat kawasan berhutan ini mengikut negeri di Malaysia adalah sepertimana Jadual berikut:

Jadual : Maklumat Keluasan dan Peratus Kawasan Berhutan Mengikut Negeri di Malaysia Bagi Tahun 2015 Negeri Keluasan Negeri(ha) Kawasan Berhutan(ha) Peratus (%)
Johor 1,901,600 449,221 23.6
Kedah 942,500 342,431 36.3
Kelantan 1,510,500 812,196 53.8
Melaka 165,200 5,352 3.2
Negeri Sembilan 665,709 158,147 23.8
Pahang 3,596,500 2,068,082 57.5
Perak 2,102,200 1,021,795 48.6
Perlis 79,500 11,532 14.5
Pulau Pinang 103,100 7,761 7.5
Selangor 793,020 250,860 31.6
Terengganu 1,295,600 655,444 50.6
WPKL 29,200 2,049 7.0
Sabah 7,431,050 4,435,990 59.7
Sarawak 12,397,311 8,034,000 64.8
Jumlah 33,012,990 18,254,860 55.3

(b) Berdasarkan maklumat melalui Peta Guna Tanah Tahun 2013, luas dan peratus kawasan hutan mengikut negeri-negeri di Malaysia adalah seperti berikut:

Bil. Negeri Luas (ha) %
1 Perlis 13,336.72 0.21
2 Kedah 359,175.33 5.71
3 Wilayah Persekutuan 856.1 0.01
4 Pulau Pinang 14,050.45 0.22
5 Perak 1,101,131 17.50
6 Selangor 271,501.55 4.32
7 Negeri Sembilan 200,727.58 3.19
8 Melaka 10,802.78 0.17
9 Johor 526,582 8.37
10 Pahang 2,078,833.14 33.05
11 Kelantan 925,693.91 14.72
12 Terengganu 787,787.83 12.52
 Jumlah:6,290,478.39 100.00

 

Kawasan pertanian agromakanan di Malaysia yang berasal daripada penerokaan hutan baru sejak 1997 dianggarkan seluas 285,590.49 hektar iaitu 4.89% daripada jumlah kawasan hutan seluas 6,290,478.39 hektar.

Sekian, terima kasih.

 

Attachments