Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2017

Kategori

Air

Nombor Soalan

90

Soalan

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [Putatan] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan :

(a) apakah jenis-jenis skop kerja yang terlibat dalam pelaksanaan rancangan mitigasi banjir di daerah Putatan dan Penampang; dan

(b) adakah pihak Kementerian menyediakan sebarang dana bagi pembinaan semula rumah-rumah yang dipindahkan yang terlibat dalam projek ini termasuklah dana pampasan bagi pemindahan tanah perkuburan adat dan adakah pihak Kementerian juga menyediakan dana bagi pembinaan semula infrastruktur awam seperti jalan raya, jambatan, pili air dan bekalan letrik yang rosak akibat pelaksanaan projek ini.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

a) Secara keseluruhan skop kerja Rancangan Tebatan Banjir Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Moyog, Sabah termasuk membina bantanah, menaiktaraf Sungai Putatan dengan bentuk trapezoidal, menaiktaraf sungai dengan "Bored Piled",pembinaan jambatan dan pembinaan pintu air banjir.

b) KementerianSumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) melalui Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia(JPS)tidak menyediakan dana untuk pembinaan semula rumah-rumah yang dipindahkan dalam kawasan projek kerana pampasan tanah dan bangunan akandiberikan kepada pemilik tanah sahaja.

Manakaladana pampasan bagi pemindahan tanah perkuburan adat dan kos pemindahan tanah serta perkuburan pembinaan semula infrastruktur awam seperti jalan raya, jambatan, pili bomba dan bekalan elektrik yang rosak akibat pelaksanaan projek ini telah diambil kira di dalam kos pembinaan projek.

Sekian, terima kasih.

Attachments