Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2017

Kategori

Air

Nombor Soalan

136

Soalan

Puan Rubiah Binti Haji Wang [Kota Samarahan] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITARmenyatakan status terkini perancangan pelaksanaan projek hakisan sungai di Kampung Tambirat, Asajaya dan projek tebatan banjir di Taman Uni Garden dan SK Jalan Muara Tuang, Kota Samarahan.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar (NRE) melalui Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS)telah mengemukakan permohonan sebanyak RM5 juta di bawah rolling plan3 (RP3) RMKe-11bagi pelaksanaanprojek hakisan sungai di Kampung Tambirat, Asajaya dan masih diperingkat pertimbangan dan kelulusan.

Manakala bagi Projek Tebatan Banjir di Taman Uni Garden dan SK Jalan Muara Tuang, Kota Samarahan, projek tersebutmerupakansebahagiandaripadaProjek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Sarawak.Projek ini sedang dalam proses tender dan akan diikuti dengan kerja-kerja rekabentuk. Kerja-kerja di tapak dijangka bermula pada November 2018selepas reka bentuk terperinci selesai.

Sekian, terima kasih.

Attachments