Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2017

Kategori

JUPEM

Nombor Soalan

222

Soalan

Dato' Haji Ahmad Nazlan Bin Idris [Jerantut] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan bahawa peta merupakan sebahagian medium komunikasi dalam memberikan gambaran sesuatu kawasan. Bagi memastikan pengguna mendapat gambaran serta maklumat yang tepat, apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian dalam memastikan setiap perubahan landskap yang berlaku sentiasa dikemas kini dan terkini.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar (NRE) melalui JUPEM mempunyai polisi pengemaskinian peta yang dirangka sekian lama melalui Pekeliling Ketua Pengarah Ukur Dan Pemetaan (PKPUP) Bil.1/2000 yang bertajuk Dasar Ulangkaji Peta Topografi Malaysia. Polisi ini menyatakan bahawa pengemaskinian peta bagi kawasan pekan dan bandar dilakukan setiap tiga (3) tahun manakala bagi kawasan membangun yang lain, peta dikemaskini setiap lima (5) tahun. Selebihnya bagi kawasan yang kurang membangun pengemaskinian peta dilakukan setiap 10 tahun sekali.

Bagi memastikan pengguna mendapat gambaran serta maklumat yang tepat dan dengan perubahan teknologi pemetaan semasa, JUPEM telah mengambil langkah-langkah yang bersesuaian bagi memendekkan lagi tempoh pusingan pengemaskinian peta kepada kurang daripada satu (1) tahun seperti berikut:-

a. Penglibatan pihak swasta melalui konsep Public-Private Partnership (PPP). Melalui konsep ini, sebahagian daripada aktiviti pemetaan dikontrakkan kepada syarikat berkepakaran di dalam penawanan data pemetaan secara berterusan dari tahun ke tahun bagi mempercepatkan kerja pemetaan.

b. Kerjasama antara JUPEM dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) melalui konsep National Blue Ocean Strategy (NBOS). Konsep ini telah membuka ruang kepada JUPEM untuk mengadakan kolaborasi dengan agensi seperti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk berkongsi

data dan tidak perlu menghabiskan masa menawan sendiri data-data pemetaan.

c. Penggunaan teknologi drone bagi pengemaskinian data sedia ada. Dengan teknologi ini, JUPEM hanya perlu mengutip maklumat yang berupa foto udara untuk kawasan-kawasan yang belum dikemaskini di dalam data sedia. Dengan kata lain, penawanan data mengggunakan drone ini dilakukan secara berfokus iaitu bagi kawasan-kawasan yang belum dikemaskini datanya.

Dengan menggabungkan ketiga-tiga pendekatan ini penawanan data bagi pengemaskinian peta akan dapat dilakukan dengan lebih cepat dan cost effective.

Sekian, terima kasih.

Attachments