Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2017

Kategori

Air

Nombor Soalan

245

Soalan

Datuk Haji Ahmad Lai Bin Bujang [Sibuti] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITARmenyatakan apakah langkah yang diambil oleh pihak Kementerian bagi menyelasaikan masalah kawasan mudah banjir di kawasan perumahan Taman Tunku Miri dan Lusut yang sangat kerap berlaku dan adakah Kerajaan dapat mendalamkan sungai berdekatan.

Jawapan

​Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah melaksanakan kajian Pelan Induk Saliran Mesra Alam (PISMA) Bandaraya Miri. Kajian ini adalah untuk menyediakan satu pelan induk saliran untuk Bandaraya Miri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) turut terlibatdalam penyediaan dan penyiapan kajian ini. Hasil daripada kajian tersebut, cadangan untuk menyelesaikan masalah banjir kilat di kawasan Taman Tunku dan Lusut ialah dengan pembinaan kolam takungan (detention pond) di Taman Tunku dan Sungai Maktab. Selain daripada itu,sistem perparitan sedia ada perlu dinaiktaraf.

Kementerianmelalui JPS Malaysia sedang melaksanakan Pelan Pengurusan Sungai Bersepadu (IRBM) Sungai Miri. JPS Sarawak akan mengemukakan permohonan sejumlah RM15 juta di bawah RMKe-11 untuk melaksanakan kerja-kerja naiktaraf sistem saliran di Taman Tunku dan Lusut dalam Rolling Plan(RP) akan datang.

Sekian, terima kasih.

Attachments