Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2017

Kategori

Air

Nombor Soalan

299

Soalan

Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi [Sungai Besar] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITARmenyatakan apakah tahap persediaan yang telah diambil oleh pihak Kementerian terutamanya menerusi Jabatan Pengairan dan Saliran dalam menghadapi risiko gelombang musim tengkujuh yang akan melanda negara penghujung tahun ini.

Jawapan

​Tuan Yang di-Pertua,

Bagi menghadapi risiko gelombang musim tengkujuh tahun ini, KementerianSumber Asli dan Alam Sekitarmelalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)telah dan sedang melaksanakan Program Ramalan Dan Amaran Banjir Negara (PRAB). Pemantauan status hujan dan aras air dari semasa ke semasa akan dilaksanakan dan hebahan kadarhujan semasa akan dilaporkankepada NADMA, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan orang awam sebagai persediaan awal. Sistem ramalan banjir yang sedang dibangunkan oleh JPSinijuga akan diuji jalan untuk melengkapkan fasa pembangunan sistem ramalan banjir tersebut.

Selain itu, salah satu program utama yang dilaksanakan oleh NRE melalui JPS adalahkerja-kerja pemuliharaan sungai-sungai bagi mengatasi risiko banjir di seluruh negara dimana untuk tahun 2017 ini sejumlah RM257 juta peruntukan telah diluluskan dan diagihkan melalui JPS negeri.

Skop kerja yang terlibat di bawah peruntukan ini adalah kerja pengorekan sungai, muara sungai, pembinaan struktur hakisan tebing sungai, membuang kelodak, sampah,sisa pepejal, pemotongan rumput, menaiktaraf dan menyelenggara aset/ struktur kawalan banjir yang bertujuan mengurangkan risiko banjir.

Selain itujuga, sejumlah RM40 juta diperuntukkan untuk melaksanakan kerja-kerja kecil kecemasan luar jangka bagi menaiktaraf sistem saliran dan struktur-struktur saliran dan ban pantai.

Sekian, terima kasih

Attachments