Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2017

Kategori

Air

Nombor Soalan

345

Soalan

Tuan Nga Kor Ming [Taiping] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan :

(a) apakah kedudukan status terkini projek tambak laut di Bagan Datuk di atas dan adakah projek ini mendapat kelulusan environment impact assessment ; dan

(b) siapakah pihak sebenar yang terlibat dalam projek tersebut di atas.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Bagi menjawab pertanyaan pertama (a)

Terdapat projek tambak laut atau tebus guna tanah di Bagan Datuk yang telah mendapat kelulusan Laporan EIA pada 23 Mei 2016. Projek tersebut adalah "The Proposed Reclamation Works For Perak Heavy Industries Park (PHIP) at Bagan Datoh, Perak. Dimaklumkan sehingga kini, kerja-kerja penambakan masih belum dimulakan.

Pertanyaan kedua (b)

Cadangan projek tersebut akan dimajukan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) Sdn. Bhd. dengan kerjasama Perak Eco Industrial Hub (PEIH) Holdings Sdn. Bhd.

Sekian, terima kasih.

Attachments