Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2017

Kategori

Air

Nombor Soalan

350

Soalan

​Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy [Kota Kinabalu] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITARmenyatakan apakah langkah-langkah Kementerian untuk pencegahan banjir di kawasan bandar dan kawasan-kawasan yang kerap dilanda banjir. Apakah projek tebatan banjir yang telah dilaksanakan dan berapakah kos projek di kawasan berkenaan.

Jawapan

​Tuan Yang di-Pertua,

KementerianSumber Asli dan Alam Sekitar(NRE) melalui Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia(JPS) telah melaksanakan beberapa pendekatan dan bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalamusaha mengatasi masalah banjir kilat di kawasan perbandaran. Kerajaan Persekutuan telah menyediakan Pelan Induk Saliran Mesra Alam (PISMA) untuk bandar-bandar utama yang menghadapi masalah banjir kilat. PISMA adalah satu kajian untuk menyediakan pelan induk saliran dan garispanduan untuk menyelesaikan masalah banjir kilat di bandar-bandar di negara ini. Penyediaan PISMA juga adalah selaras dengan kehendak PBT dan KPKT. Sehinggakini,17 PISMA telah disediakan dan didapati ianya telah banyak membantu menyelesaikan masalah banjir kilat.

Sebagai contoh, NRE melalui JPStelah melaksanakanKajian Pelan Induk Saliran Bandaraya Kota Kinabalu dan telah mengenalpasti parit-parit sedia ada yang perlu dinaik tarafdanmembuat permohonan bagi kelulusan projek tebatan banjir yang baru berdasarkan cadangan dalam pelan induk ini. Susulan itu, projek Rancangan Tebatan Banjir Persekitaran Kawasan Lido, Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah dengan kos berjumlah RM76jutatelah diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan dalam Rolling PlanKe-2, Rancangan Malaysia Kesebelas(RMKe-11).

Sekian, terima kasih.

Attachments