Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2017

Kategori

Tanah

Nombor Soalan

381

Soalan

Tuan Lim Lip Eng [Segambut] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan nombor dan tarikh setiap Warta yang sedia ada bersabit dengan perizaban lot-lot bernombor 54267, 54269 dan 54270 sebagai 'tanah Kerajaan bagi maksud awam', dan sama ada HS(D)119633 PT9331 merupakan sebahagian Lot 54267.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Lot 54267, 54269 dan 54270 mukim dan daerah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah dipersetujui oleh Kabinet untuk diwartakan sebagai Taman Awam Berskala Besar pada 27 Jun 2007. Cadangan pewartaan ini turut berkait dengan 4 lot tanah milik Pesuruhjaya Tanah Persekutuan iaitu lot 54265, 54268, 52985 dan 3959 mukim dan daerah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Walaubagaimanapun, terdapat dua lot iaitu lot 54265 dan lot 54268 yang dipajakkan kepada Measat Digital Sdn Bhd. Setelah selesai proses penamatan pajakan kepada Measat Digital Sdn. Bhd., barulah kesemua lot yang berkaitan akan diwartakan sebagai Taman Awam Berskala Besar.

HS(D) 119633 PT 9331 adalah hakmilik berasingan yang telah dikeluarkan daripada sebahagian lot 54267 seluas 90 871 meter persegi.

Sekian, terima kasih.

Attachments