Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

13 December 2017

Tahun Persidangan

2017

Kategori

Air

Nombor Soalan

34

Soalan

Puan Hajah Azizah Binti Haji Harun minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan Projek Tebatan Banjir di Selangor yang dilaksanakan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sejak 2013 dan bagaimanakah dapat Kerajaan menangani kejadian banjir kilat yang berlaku di Selangor.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah melaksanakan Projek Tebatan Banjir di Selangor seperti berikut:

A. RMKe-10 (2010-2015)

1.    Projek Pemuliharaan serta Pengindahan Kolam Takungan Banjir

       Sungai Damansara berjumlah RM33.8 juta

  • Status: projek telah siap, hanya pembinaan info galeri disambung ke RMKe-11


    2.    Kajian Pelan Induk Saliran Mesra Alam (PISMA) untuk Bandar Kajang, Klang, Sungai Buloh, Sungai Besi dan Seri Kembangan telah disiapkan dalam RMKe-10. Dokumen berkaitan telah diserahkan kepada Pihak Berkuasan Tempatan (PBT) terlibat sebagai garis panduan untuk sistem saliran bandar mereka.


    B. RMKe-11 (2016-2020)

    1.   Projek Pemuliharaan serta Pengindahan Kolam Takungan Banjir Sungai Damansara berjumlah RM6.0 juta
  • Status: pembinaan info galeri dijangka siap Mei 2018.

​2.    Kerajaan persekutuan telah meluluskan 2 projek tebatan banjir iaitu RTB Sg Buloh dan RTB Sg Langat Fasa 1 dengan peruntukan masing  masing RM 50.0 juta dan RM 41.0 juta

-      Status: Projek ini dalam peringkat akhir dokumen tender dan tender dijangka dikeluarkan pada Disember 2017. Kerja pembinaan di tapak dijangka bermula pada Mac 2018 dan dijangka siap pada April tahun 2021.

 

3.    Pembinaan Sistem Saliran Mesra Alam di Kawasan Operasi Pelabuhan Klang dan sekitarnya bagi mengatasi masalah banjir kilat yang berjumlah RM64 juta.

-      Status: Projek dijangka siap sepenuhnya pada November 2018.   

 

4.    Kajian Pelan Induk Saliran Mesra Alam (PISMA) untuk kawasan Semenyih, Selayang, Rawang dan Kuang.

  • Status: Kajian akan dimulakan pada tahun 2018 dan dijangka siap pada tahun 2019.

Sekian, terima kasih.


Attachments