Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

13 December 2017

Tahun Persidangan

2017

Kategori

Air

Nombor Soalan

42

Soalan

Datuk Ir. Yong Wui Chung minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan jumlah projek tebatan banjir yang telah siap dibina sepanjang tahun ini di Sabah dan perancangan jangka panjang Kementerian bagi menghadapi musim banjir di seluruh negara.   

Jawapan

​Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah dan akan melaksanakan sebanyak 18 projek bagi tebatan banjir pada tahun ini di Sabah. Sebanyak 4 projek telah siap sepenuhnya, 3 projek dalam pelaksanaan dan 11 lagi projek akan dilaksanakan.

Selain itu, untuk langkah jangka panjang bagi menghadapi musim banjir di seluruh Negara, Kementerian telah dan sedang melaksanakan program-program seperti berikut:

1.           Pelaksanaan Program Ramalan Dan Amaran Banjir Negara (PRAB)

Pemantauan status hujan dan aras air dari semasa ke semasa akan dilaksanakan dan hebahan kadar hujan semasa akan dilaporkan kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan orang awam sebagai persediaan awal. Sistem ramalan banjir yang sedang dibangunkan oleh JPS ini juga akan diuji jalan untuk melengkapkan fasa pembangunan sistem ramalan banjir tersebut.

  2.       Pelaksanaan kerja-kerja pemuliharaan sungai-sungai bagi mengatasi risiko banjir di seluruh negara

Bagi tahun 2017, sejumlah RM257 juta peruntukan telah diluluskan dan diagihkan melalui JPS negeri. Skop kerja yang terlibat di bawah peruntukan ini adalah kerja pengorekan sungai, muara sungai, pembinaan struktur hakisan tebing sungai, membuang kelodak, sampah, sisa pepejal, pemotongan rumput, menaiktaraf dan menyelenggara aset/ struktur kawalan banjir yang bertujuan mengurangkan risiko banjir.

3.         Pelaksanaan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di kawasan-kawasan kritikal

Daripada kajian JPS, anggaran bagi kos projek-projek tebatan banjir di kawasan flood prone area adalah sebanyak RM40 bilion (kajian tahun 2017).

Sekian, terima kasih.


Attachments