Tuan Yang di-Pertua,
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah melaksanakan beberapa kajian bagi menambahbaik projek-projek tebatan banjirserta melambatkan proses banjir kilat. Antara kajian yang dilaksanakan adalah;
1. Pelaksanaangarispanduan Manual Saliran Mesra Alam (MSMA) digunapakai untuk semua kelulusan pelan pembangunan di Malaysia.
MSMA adalah satu garispanduan dengan konsep tahanan dan takungan air larian hujan dalam pengurusan air larian hujan dalam menyelesaikan masalah banjir kilat di negara ini.
Pembinaan kolam sebagai takungan sementara dan mewajibkan pihak pemaju membinaon site detention (OSD) dapat mengurangkan masalah banjir kilat.
Penguatkuasaan Pelan Kawalan Hakisan dan Kelodak (ESCP) juga dalam kerja-kerja pembukaan tanah dapat mengurangkan pemendapan kelodak dalam sungai yang mengakibatkan banjir kilat.
2. PenyediaanPelan Induk Saliran Mesra Alam (PISMA) iaitu satu kajian pelan induk saliran yang menggunakan konsep MSMA.
3. Pada tahun 2015, JPS telah menyediakankajian bertajuk Study on Artificial Bio-Macropore for Stormwater Management at Humid Tropics Centre Kuala Lumpur and Langat-HELP River.Kajian gunaan ini telah membuktikan lubang bersaiz antara 10-20cm (yang ditutup secara separa telap) boleh dipasang secara berkumpulan di atas tanah dimana lubang berkenaan menggalakkan penyerapan air yang berlebihan semasa hujan lebat ke dalam tanah dengan lebih cepat dan tidak secara langsung mengurangkan air larian atas tanah dan mampu melambatkan banjirkilat.
Selain itu, NRE melalui Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM)jugatelah menjalankan beberapa penyelidikan bagi menambah baik projek-projek tebatan banjir serta melambatkan proses berlakunya banjir kilat. Antaranya adalah membangunkan model numerikal atau permodelan fizikal bagi menilai dan menentukan keberkesanan projek-projek tebatan banjir yang telah dan akan dijalankan mengikut permintaan agensi-agensi pelaksana. Melalui penilaian dan pengujian ini, kaedah optimum dalam pelaksanaan dan operasi projek-projek tebatan banjir dapat dikenalpasti.
NAHRIM juga turutmembangunkan produk inovasi seperti NAHRIM Invisible Levee System(NAILS) bagi menahan limpahan air banjir ke atas fasiliti kepentingan awam seperti hospital, pusatjana kuasa, telekomunikasi dan rawatan air sertapusat pemindahan banjir.
Sekian, terima kasih.