Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

13 December 2017

Tahun Persidangan

2017

Kategori

Alam Sekitar

Nombor Soalan

54

Soalan

Datuk Haji Yahaya Bin Mat Ghani @ Abbas minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan adakah cadangan pembinaan jambatan menghubungkan Labuan dengan tanah besar Sabah memberi kesan terhadap alam sekitar terutamanya ekosistem laut.

Jawapan

​Tuan Yang di-Pertua,

Cadangan pembinaan jambatan bagi menghubungkan WP Labuan dengan tanah besar Negeri Sabah adalah tertakluk di bawah Seksyen 34A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Pihak pemaju projek dikehendaki mengemukakan Laporan Kajian Kesan Kepada Alam Sekeliling (Environmental Impact Assessment, EIA) kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk kelulusan kerana cadangan projek tersebut merupakan Aktiviti Yang Ditetapkan dibawah Jadual Pertama, Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 2015 iaitu aktiviti 20(c), pembinaan jalan, terowong atau jambatan yang melintasi atau bersebelahan atau berdekatan dengan kawasan sensitif alam sekitar,
EIA adalah merupakan satu kajian untuk mengenalpasti, meramal, menganalisa dan menyampaikan maklumat berkenaan kesan kepada alam sekitar daripada cadangan aktiviti pembangunan. Melalui kajian EIA tersebut dapat ditentukan samada cadangan pembinaan jambatan yang menghubungkan WP Labuan dengan tanah besar Sabah berkemungkinan memberi kesan pencemaran atau sebaliknya ke atas ekosistem laut. Kajian EIA turut akan memperincikan kaedah kawalan pencemaran melalui pelaksanaan Pollution Prevention and Mitigating Measures (P2M2) berdasarkan kepada kesan kepada alam sekitar yang telah dikenalpasti.
3
Perkara utama yang perlu dikenalpasti oleh pemaju projek pada peringkat awal penyediaan Laporan EIA ialah cadangan projek juga perlu selari dengan dasar-dasar terkini oleh agensi-agensi kerajaan yang berkaitan seperti hutan, hidupan liar, perikanan, ekologi dan sebagainya. Penglibatan pelbagai agensi secara lebih kukuh terutama pada peringkat dasar dapat memastikan pembangunan yang akan dijalankan berada dalam keadaan terkawal dalam memastikan alam sekitar terutama ekosistem laut terjamin daripada pencemaran

Sekian, terima kasih.


Attachments