Tuan Yang di-Pertua,
Buangan Elektrikal dan Elektronik atau dikenali sebagai e-waste adalah dikategorikan sebagai Buangan Terjadual sebagaimana yang dinyatakan di dalam Jadual Pertama Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005. Sehubungan dengan itu, segala pelupusan e-waste hendaklah mematuhi sepenuhnya tatacara pelupusan seperti yang telah termaktub di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005, Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974.
Sekian, terima kasih