Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

12 December 2017

Tahun Persidangan

2017

Kategori

Alam Sekitar

Nombor Soalan

34

Soalan

Dato' Fahariyah Binti Hj Md Nordin minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah tindakan penguatkuasaan yang dapat diselaraskan oleh Jabatan Alam Sekitar, Kerajaan Negeri dan Pejabat Ketua Pengarah Tanah dan Galian Malaysia atau Negeri dan Jabatan Pengairan dan Saliran bagi memastikan usaha bersepadu menangani isu sumber air mentah dicemari ''effluent industry'' ditangani dan majikan dikenakan tindakan undang- undang.

Jawapan

​Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman, pihak Kementerian melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah mengamalkan pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dalam menangani isu-isu pencemaran sumber air mentah di negara ini. Pendekatan ini dibuat termasuklah dalam aspek penyiasatan bersepadu, perkongsian maklumat, bantuan pengunaan peralatan dan lain-lain lagi samada secara ad-hoc mahupun secara berkala.

Dalam hal ini juga, tindakan kepada pihak yang bertangunggjawab akan turut diambil oleh agensi yang sesuai dengan peruntukan undang-undang yang dikuatkuasakan oleh agensi masing-masing.

Bagi pihak JAS yang menguatkuasakan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, mana-mana pihak yang melakukan kesalahan mencemarkan sungai boleh diambil tindakan dibawah Seksyen 25 (3), AKAS 1974, dengan hukuman denda tidak lebih daripada RM 100,000.00 atau penjara selama tempoh tidak lebih dari 5 tahun atau kedua-duanya sekali disamping itu denda tambahan tidak lebih daripada RM 1000.00 bagi tiap-tiap hari kesalahan itu diteruskan.

Selain itu juga, tindakan kompaun boleh dikenakan kepada mana-mana kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009. Di bawah peraturan ini juga tindakan Perintah Larangan bagi pengoperasian peralatan boleh dihentikan jika terbukti kesalahan yang dilakukan.

Sekian, terima kasih.


Attachments