Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2017

Kategori

Tanah

Nombor Soalan

384

Soalan

Tuan Lim Lip Eng [Segambut] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan isi kandungan 'perkara yang telah ditetapkan oleh Pesuruhjaya Tanah Persekutuan' dalam jawapan bagi pertanyaan bukan lisan (Soalan 536) mesyuarat Parlimen yang lalu, adakah syarat nyata HS(D)119633 PT9331 mematuhi kehendak Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020 sebagai Kawasan Hijau dan bilakah tanah itu akan sempurna dipajakkan kepada Measat Digicast Sdn Bhd.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Tanah ini adalah tanah ganti kepada Measat Digital Sdn. Bhd. sebagai pertukaran Measat Digital Sdn. Bhd. menyerahkan dua lot tanah iaitu lot 54265 dan 54268 mukim Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang diserah balik kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan kerana akan diwartakan sebagai Tanah Awam Berskala Besar.

Syarat nyata bagi hakmilik HS(D)119633 PT9331 sebagai "Tiada". Tanah ini masih hakmilik Pesuruhjaya Tanah Persekutuan dan sehingga kini masih belum dipajakkan kepada Measat Digicast Sdn. Bhd.

Sekian, terima kasih.

Attachments