Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2017

Kategori

Air

Nombor Soalan

392

Soalan

Tuan Julian Tan Kok Ping [Stampin] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITARmenyatakan rancangan yang sedia ada sejak 2013 sehingga terkini, di kawasan Parlimen Kuching dan Parlimen Stampin demi mengatasi banjir kilat yang sering berlaku. Nyatakan secara terperinci projek-projek tersebut dari segi perbelanjaan, jangkaan masa siap,status projek jika dalam perlaksanaan serta kawasan yang boleh dimanfaatkan oleh projek tersebut.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) akan melaksanakan Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Sarawak yang merangkumi kawasan Parlimen Kuching dan Parlimen Stampin.

Proses tender bagi PLSB Sungai Sarawak sedang dilaksanakan dan akan diikuti dengan kerja-kerja rekabentuk.Kerja-kerja di tapakpuladijangka akan bermula November 2018selepas proses reka bentuk terperinci selesai.

Sekian, terima kasih.

Attachments