Tuan Yang di-Pertua,
Bagi menghadapi bencanabanjir,Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE)melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)melaksanakan persiapan melalui kaedah struktur dan bukan struktur.
Kaedah bukan struktur antaranya adalah melalui Kajian Pelan Induk Tebatan Banjir.Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti punca banjir, kawasan banjir, kedalaman banjir, jumlah kerosakan banjir, jumlah kerugian dan kesannya kepada penduduk dan ekonomi negara.
Kajian tersebut merupakankajian kemungkinan yang akanmencadangkan langkah-langkah mitigasi yangmerangkumi kaedah struktur dan bukan struktur.Contoh langkah struktur adalah pembinaan benteng sungai, kolam takungan, empangan, lencongan banjir dan sebagainya. Setelah kajian tersebutdilaksanakan,JPS akan mengkaji langkah atau pilihanyang ekonomikuntuk dilaksanakan.
Bagi mengatasi masalah banjir di Negeri Kelantan, Kerajaan telah meluluskan peruntukan dibawah Rancangan Malaysia Ke Sebelas (RMKe-11) sebanyak RM800 juta di bawah Projek Pembangunan Lembangan Bersepadu (PLSB) Sungai Golok Fasa 1 dan Projek Pembangunan Lembangan Bersepadu (PLSB) Sungai Kelantan Fasa 1.
Bagi PLSBSungai Kelantan Fasa 1,lawatan tapaktelah dibuat pada 20 Februari 2017 dan tender ditutup pada 16 Mei 2017 dengan anggaran kos projek sebanyak RM500 juta manakala PLSBSungai Golok Fasa 1,lawatan tapaktelah dibuatpada 12 September 2017 dan tender ditutup pada 31Oktober2017dengananggarankos projek sebanyak RM300 juta.
Walaubagaimanapun,penyelesaian menyeluruh perlu dilaksanakan (total solution)yang melibatkan keseluruhan Lembangan Sungai Golok dan Lembangan Sungai Kelantan bagi mengatasi banjirdi kawasan lembangan ini. Kerja-kerja ini dicadang untuk dilaksanakan dalam Fasa 2 dan Fasa 3. Penyelesaian secara total solution ini jika dilaksanakan akan melangkaui RMKe-12 dan RMKe-13kelak.
Pada tahun ini, JPS Negeri Kelantan diperuntukkan sebanyak RM12 juta dibawah Program Pemuliharaan Sungai Bagi Mengurangkan Risiko Banjir Pelbagai Negeri. Pihak JPS telah melaksanakan projek tersebut di seluruh jajahan bagi memastikan aliran sungai tidak terhalang dan membaikpulih tebing sungai yangrosak. Selain itu, sebanyak RM2.56 juta peruntukan telah diberikan di bawah peruntukan Kerja-kerja Kecil dan Kerja Kecemasan Di Luar Jangka (sebelum dan selepas banjir) untuk memulihkan jalan dan jambatan, memulihkan struktur kawalan serta memulihkan pembentung di seluruh jajahan.
Sekian, terima kasih.