Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

19 December 2017

Tahun Persidangan

2017

Kategori

Alam Sekitar

Nombor Soalan

6

Soalan

​YBTM JAWAB

Datuk Haji Yahaya Bin Mat Ghani @ Abbas minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan tindakan Kementerian bagi mengatasi masalah industri yang beroperasi tanpa lesen dan berlesen yang menduduki tanah Kerajaan di sepanjang rizab sungai yang boleh mendatangkan bahaya dan mencemar kawasan sungai.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman, pihak Kementerian melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) sentiasa menjalankan tindakan penguatkuasaan melalui Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 ke atas mana-mana premis yang tertakluk di bawahnya tanpa mengambilkira industri tersebut beroperasi tanpa lesen ataupun berlesen daripada mana-mana pihak yang berwajib. Pemeriksaan dilakukan berdasarkan inventori yang direkodkan oleh JAS. Penekanan utama yang dilakukan adalah pematuhan industri terhadap tiga (3) Peraturan utama iaitu pematuhan terhadap udara bersih, pematuhan efluen perindustrian dan juga pematuhan pengurusan buangan terjadual.
Di peringkat awal perancangan pembangunan industri, pihak Jabatan menyarankan supaya penempatan industri hanya diletakkan di kawasan perindustrian. Ini selaras dengan Garispanduan “Siting and Zoning of Industries and Residential Areas” terbitan JAS. Ulasan berhubung kesesuaian tapak serta teknologi kawalan pencemaran turut dikemukakan kepada pihak berkuasa tempatan dalam menilai pemberian lesen kepada industri terbabit.
Di peringkat pengoperasian pula, pelbagai usaha dilakukan bagi memastikan pengoperasian industri tersebut tidak mencemarkan sungai.
Antara tindakan tersebut adalah seperti berikut:
i) Menjalankan penguatkuasaan secara menyeluruh (termasuk pemeriksaan / siasatan ke premis - ‘command and control’) terhadap pengoperasian premis-premis yang tertakluk di bawah AKAS 1974;
ii) Memastikan industri menyediakan orang yang berwibawa (competent person) dalam pengoperasian alat kawalan pencemaran;
iii) Memantau secara berterusan laporan pemantauan pembuangan efluen perindustrian secara dalam talian menggunakan Sistem Online Environment Reporting (OER) dan juga pengurusan buangan terjadual melalui electronic Scheduled Waste Information System (e-SWIS);
iv) Mengambil tindakan penguatkuasaan seperti amaran bertulis di lapangan (field citation), Notis Arahan, tawaran kompaun, penyitaan peralatan, perintah larangan operasi atau tindakan pendakwaan akan dikenakan ke atas mana-mana punca yang didapati tidak mematuhi AKAS 1974;
Walau bagaimana pun, bagi kilang-kilang tanpa lesen yang menduduki tanah kerajaan, pihak NRE / JAS tidak lagi berkompromi dan meminta Pihak Berkuasa Tempatan PTD Kerajaan Negeri, JKPTG mengambil tindakan serius untuk tidak membenarkan kilang beroperasi dan seterusnya kilang di tutup.

Sekian, terima kasih.


Attachments