Tuan Yang di-Pertua,
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) sentiasa mengkaji peruntukan perundangan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 selaras dengan keadaan semasa dan supaya perlaksanaannya lebih berkesan.
Pindaan Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan)(Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 2015 yang telah digazetkan pada 28hb Ogos 2015 telah mengambilkira aktiviti PEMBANGUNAN DI KAWASAN CERUN yang berkecerunan 250 hingga 350 yang mana pemaju dikehendaki mengemukakan Laporan EIA untuk kelulusan JAS sebelum aktiviti tersebut boleh dijalankan.
Selain dari itu, JAS sentiasa memberikan kerjasama dari segi input teknikal di peringkat perancangan pembangunan kepada pihak Kerajaan Negeri dalam memastikan pembangunan tersebut dijalankan secara mapan.
JAS juga melaksanakan penguatkuasaan secara berkala bagi memastikan pemaju mematuhi keperluan syarat syarat kelulusan laporan EIA dan juga Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Sebagai penambahbaikan, JAS telah menerap budaya pematuhan kendiri kepada pemaju dengan memastikan pemaju melaksanakan 7
3
mekanisma mengarusperdanakan alam sekitar didalam pengurusan mereka.
Sekian, terima kasih