Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

18 December 2017

Tahun Persidangan

2017

Kategori

Air

Nombor Soalan

59

Soalan

Dr. Ariffin Bin S.M. Omar minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan berapa banyak daripada jumlah RM 2.6 bilion untuk projek Rancangan Tebatan Banjir di Pulau Pinang dari tempoh RMK-9 sehingga RMK-11 telah diberi dan bila bakinya akan diberi supaya masalah banjir di Pulau Pinang dapat dikawal.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Kerajaan Persekutuan setakat ini telah meluluskan kos projek sebanyak RM2.57 billion bagi pelaksanaan projek-projek pencegahan banjir di negeri Pulau Pinang yang melibatkan beberapa projek sejak daripada RMKe-5 sehingga RMKe-11 yang merangkumi projek-projek baru dan juga projek-projek sambungan. Sebagai contoh, projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Junjung telah diluluskan kos projek sebanyak RM135 juta di bawah RMKe-8 dan projek ini telah disambung pelaksanaannya dan dibawa sehingga RMKe-10.

Walaupun kos projek keseluruhan yang telah diluluskan berjumlah RM2.57 billion, ini tidak bermakna keseluruhan peruntukan tersebut telah dan perlu dibelanjakan bagi kerja-kerja pembangunan. Kos RM2.57 bilion ini merujuk kepada siling kos awal yang dijangka perlu dibayar bagi pelaksanaan projek-projek tersebut. Selepas mengambil kira skop kerja, reka bentuk, keperluan tapak dan sebagainya semasa pelaksanaan projek, jumlah sebenar yang telah dibelanjakan hanyalah sebanyak RM1.04 bilion dalam RMKe-9 hingga RMKe-11 sahaja (tidak termasuk perbelanjaan dalam RMKe-8 dan sebelumnya bagi projek-projek sambungan). Pengurangan ini boleh ditakrifkan sebagai penjimatan kepada Kerajaan Persekutuan selepas penilaian semula skop kerja, reka bentuk dan kos yang terlibat.

Sekian, terima kasih.


Attachments