Datuk Rabiyah Binti Ali minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah tindakan yang dilakukan oleh Jabatan Alam Sekitar, Pejabat Tanah dan Galian serta Kerajaan Tempatan bagi mengekang pembangunan di tanah-tanah tinggi yang meningkatkan risiko berlakunya kemusnahan kawasan tadahan hujan dan kemungkinan banjir besar berlaku.