Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2017

Kategori

Tanah

Nombor Soalan

49

Soalan

Dato' Fahariyah Binti Hj Md Nordin minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan jumlah rizab Tanah Melayu mengikut negeri-negeri di Semenanjung Malaysia dan bagaimanakah perancangan Kerajaan Persekutuan dan negeri bekerjasama untuk meningkatkan jumlah Tanah Rizab Melayu.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Urusan perizapan Tanah Melayu terletak di bawah bidang kuasa negeri sepertimana yang disenaraikan dalam butiran 2(b) Senarai Negeri Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan selaras dengan pembahagian bidang kuasa perundangan yang ditetapkan dalam Perkara 74 Perlembagaan. Oleh yang demikian, maklumat terperinci berhubung keluasan tanah rizab Melayu (TRM) terletak di bawah bidang kuasa negeri dan lebih sesuai dibangkitkan semasa persidangan Dewan Undangan Negeri yang berkenaan.
Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG), Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar berperanan sebagaimana termaktub dalam Seksyen 8, Kanun Tanah Negara, iaitu memberi nasihat dan menyelaraskan isu-isu yang berhubung dengan tanah.
Justeru, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) telah mewujudkan satu jawatankuasa pemandu di peringkat Persekutuan yang menjadi platform perbincangan antara negeri-negeri dan persekutuan untuk membincangkan isu-isu berkaitan pengurusan Tanah Rizab Melayu dan perkongsian maklumat serta contoh amalan terbaik negeri-negeri memandangkan urusan Tanah Rizab Melayu terletak di bawah bidang kuasa negeri.

Sekian, terima kasih.


Attachments