Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 6

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

12 March 2018

Tahun Persidangan

2018

Kategori

Air

Nombor Soalan

17

Soalan

Tuan Haji Hasbi Bin Haji Habibollah [ Limbang ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan bilakah Kementerian akan memulakan kerja-kerja mengorek di Kuala Sungai Limbang yang semakin tohor.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Kerajaan Persekutuan telah meluluskan kerja-kerja pengorekan Muara Sungai Limbang di bawah RMKe-11 sebanyak RM10 juta. Projek ini telah mendapat kelulusan Environmental Impact Assessment (EIA) daripada Natural Resources Environment Board Sarawak (NREB). Kementerian akan melaksanakan projek ini setelah mendapat kelulusan daripada Sarawak State Planning Authority (SPA). Permohonan kelulusan telah dihantar kepada SPA oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pada 10 Februari 2017.

Sekian, terima kasih.


Attachments