Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 6

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2018

Kategori

Hutan

Nombor Soalan

497

Soalan

Dato' Sri Wee Jeck Seng [ Tanjong Piai ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan :

(a) apakah status perkembangan langkah-langkah penguatkuasaan Kementerian terhadap akitiviti-aktiviti pembalakan haram di peringkat negeri bersama Persekutuan yang melibatkan sindiket-sindiket negara asing dan firma-firma tempatan, serta ; dan

(b) adakah Kementerian akan bercadang untuk menubuhkan suatu pasukan unit penguatkuasa ala Pasukan Khas Taktikal dan Risikan Narkotik (STING) atau Pasukan Tempur Operasi Medan Kastam (COBRA) bagi membanteras gejala pembalakan haram.

Jawapan

​​Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian telah mengambil beberapa langkah penguatkuasaan terhadap akitiviti-aktiviti pembalakan haram di peringkat negeri bersama persekutuan yang melibatkan sindiket-sindiket negara asing dan firma-firma tempatan.

Pada masa ini, Kementerian telah melaksanakan pemantauan kawasan hutan melalui Sistem Forest Monitoring Remote Sensing (FMRS) Plus. Dalam RMKe-11, Kementerian dengan kerjasama United Nation Development Program (UNDP) telah mempertingkatkan fasiliti bagi tujuan penguatkuasaan seperti pembangunan sistem i2based dan Smart Tools. Selain dari itu, Kementerian juga melaksanakan kerjasama dan latihan dengan Polis DiRaja Malaysia (PDRM), PERHILITAN, Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ), Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Imigresen Malaysia dan Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) seperti operasi bersepadu yang telah diadakan pada setiap tahun.

Pihak kementerian juga telah menubuhkan pasukan Centralised Enforcement Team untuk melaksanakan operasi penguatkuasaan secara bersepadu (NBOS) dan telah membuka pusat kawalan 1NCC (NRE Command Centre) di Cameron Highlands, Pahang.

Di samping itu, kementerian juga mempunyai perancangan untuk menubuhkan War Room di Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia yang beroperasi 24 jam bagi tujuan memantau pencerobohan hutan dan menjalankan aktiviti penguatkuasaan secara lebih sistematik dan efisen.

Kementerian sentiasa perihatin dan berusaha mencari kaedah-kaedah baharu bagi menangani dan membanteras gejala pembalakan haram. Pada masa ini telah ditubuhkan satu pasukan penguatkuasaan yang ditempatkan di Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia iaitu JPSM ELITE TEAM atau JET. Pada masa ini, ahli pasukan JET adalah seramai 50 orang yang terdiri daripada kakitangan dipelbagai peringkat persekutuan dan negeri. JPSM juga akan memperkasa pasukan ini dengan menambah keanggotaan seramai 300 ahli bermula tahun 2018.

Pihak kementerian juga telah berusaha melipatgandakan aktiviti penguatkuasaan seperti risikan, rondaan kawasan hotspot dan pemantauan udara kawasan berhutan dengan menggunakan helikopter. Disamping itu penggunaan teknologi UAV atau dron digunakan dalam memantau pembalakan haram. Pada masa ini terdapat 46 buah dron digunakan dalam operasi penguatkuasaan dan pemantauan.

Kementerian melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia juga telah berusaha memantapkan Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dengan menambah kakitangan penguatkuasaan, penambahan lojistik, mendapatkan kelulusan penggunaan senjata api serta menambah peruntukan untuk meningkatkan lagi penguatkuasaan dalam membanteras kegiatan pembalakan haram dari terus berlaku.

Sekian, terima kasih.

Attachments