Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 6

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2018

Kategori

Tanah

Nombor Soalan

327

Soalan

Tuan Ng Wei Aik [ Tanjong ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan sebab-sebab cukai petak tidak dapat dilaksanakan mulai 1 Januari 2018 bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, negeri Pulau Pinang, Selangor dan Melaka dan apakah usaha-usaha akan diambil untuk memastikan pelaksanaannya pada suatu tarikh baru yang akan atau telah ditetapkan.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Pelaksanaan cukai bagi petak atau blok sementara di Negeri Pulau Pinang dan Melaka, dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur tidak dapat dilaksanakan mulai Januari 2018 berikutan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka dan Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan untuk menangguhkan pelaksanaan cukai tersebut ke suatu tarikh yang sesuai. Walau bagaimanapun, pelaksanaan cukai bagi petak atau blok sementara di Negeri Selangor akan dilaksanakan bermula pada 1 Jun 2018 dengan pewartaan Kaedah-kaedah Hakmilik Strata (Pindaan 2017).

Bagi memastikan pelaksanaan cukai bagi petak atau blok sementara dijalankan di negeri-negeri selain Negeri Selangor, Kementerian ini melalui Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan akan sentiasa berhubung dengan Pihak Berkuasa Negeri masing-masing bagi mendapatkan maklum balas berhubung kesediaan PBN dalam mewartakan Kaedah Hakmilik Strata Negeri dan melaksanakan cukai bagi petak atau blok sementara.

Sekian, terima kasih.

Attachments