Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 6

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

28 March 2018

Tahun Persidangan

2018

Kategori

Alam Sekitar

Nombor Soalan

30

Soalan

Datuk Haji Shabudin Bin Yahaya [ Tasek Gelugor ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah pendirian dan tindakan proaktif Kementerian terhadap projek tambakan laut bagi pembinaan tiga pulau buatan di selatan Pulau Pinang oleh Kerajaan negeri berikutan kesan buruk kepada sumber laut yang akan menjejaskan pendapatan nelayan malah bakal mengubah tebing benua negeri Pulau Pinang.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) bagi Projek pembinaan tiga pulau buatan di selatan pulau Pinang telah dikemukakan dan sedang dinilai secara terperinci oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS). Setelah meniliti, didapati bahawa Laporan EIA yang telah dikemukakan adalah tidak lengkap dan laporan tersebut tidak dapat diluluskan.
Disamping itu, pihak JAS juga sentiasa memantau dan mengawasi tapak projek bagi memastikan tiada sebarang aktiviti pembinaan dijalankan tanpa mendapat kelulusan laporan EIA terlebih dahulu.

Sehingga kini, didapati tiada aktiviti di kawasan tapak dan JAS masih belum menerima laporan EIA yang lengkap. JAS boleh mengambil tindakan perundangan jika pihak pemaju telah memulakan aktiviti di tapak tanpa mendapat kelulusan laporan EIA selaras dengan peruntukan Seksyen 34A(8), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Sekian, terima kasih.

Attachments