Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 6

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2018

Kategori

Hutan

Nombor Soalan

239

Soalan

​Tuan M. Kulasegaran [ Ipoh Barat ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah langkah-langkah jangkamasa pendek dan jangkamasa panjang yang diambil oleh Kementerian untuk melindungi kawasan perhutanan yang masih ada. Berapakah kos yang telah diunjurkan bagi melindungi kawasan hutan primer.

Jawapan

​​​Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian telah mengambil beberapa langkah penguatkuasaan terhadap akitiviti-aktiviti pencerobohan dan pembalakan haram. Antara langkah-langkah jangkamasa pendek dan jangkamasa panjang yang akan dijalankan adalah dengan melaksanakan pemantauan kawasan hutan melalui Sistem Forest Monitoring Remote Sensing (FMRS) Plus. Dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKe-11), Kementerian dengan kerjasama United Nation Development Program (UNDP) telah mempertingkatkan fasiliti ini bagi tujuan penguatkuasaan seperti pembangunan sistem i2based dan Smart Tools.

Selain daripada itu, Kementerian juga melaksanakan kerjasama dan latihan dengan Polis DiRaja Malaysia (PDRM), PERHILITAN, Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ), Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Imigresen Malaysia dan Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) seperti operasi bersepadu yang telah diadakan pada setiap tahun.

Kementerian juga telah menubuhkan pasukan Centralised Enforcement Team untuk melaksanakan operasi penguatkuasaan secara bersepadu (NBOS) dan telah membuka pusat kawalan 1NCC (NRE Command Centre) di Cameron Highlands, Pahang.

Di samping itu, Kementerian juga mempunyai perancangan untuk menubuhkan War Room di Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia yang beroperasi 24 jam bagi tujuan memantau pencerobohan hutan dan menjalankan aktiviti penguatkuasaan secara lebih sistematik dan efisen.

Kementerian sentiasa perihatin dan berusaha mencari kaedah-kaedah baharu bagi menangani dan membanteras gejala pembalakan haram. Pada masa ini telah ditubuhkan satu pasukan penguatkuasaan yang ditempatkan di Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia iaitu JPSM ELITE TEAM atau JET. Pada masa ini, ahli pasukan JET adalah seramai 50 orang yang terdiri daripada kakitangan di pelbagai peringkat persekutuan dan negeri. JPSM juga akan memperkasa pasukan ini dengan menambah keanggotaan seramai 300 ahli bermula tahun 2018.

Kementerian juga telah berusaha melipatgandakan aktiviti penguatkuasaan seperti risikan, rondaan kawasan hotspot dan pemantauan udara kawasan berhutan dengan menggunakan helikopter. Di samping itu penggunaan teknologi UAV atau dron digunakan dalam memantau pembalakan haram. Pada masa ini terdapat 46 buah dron digunakan dalam operasi penguatkuasaan dan pemantauan.

Kementerian melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia juga telah berusaha memantapkan Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dengan menambah kakitangan penguatkuasaan, penambahan lojistik, mendapatkan kelulusan penggunaan senjata api serta menambah peruntukan untuk meningkatkan lagi penguatkuasaan dalam membanteras kegiatan pembalakan haram dari terus berlaku.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kos perbelanjaan mengurus yang telah diunjurkan bagi melindungi kawasan hutan primer bagi RMKe-10 berjumlah RM 162.78 juta. Manakala jumlah kos perbelanjaan mengurus yang dijangka terlibat bagi tempoh tiga (3) tahun pertama RMKe-11 iaitu 2016 hingga 2018 adalah berjumlah RM93.72 juta.

Sekian, terima kasih.

Attachments