Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 6

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

27 March 2018

Tahun Persidangan

2018

Kategori

Biodiversiti

Nombor Soalan

2

Soalan

Dato' Dr. Mujahid Bin Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan dasar Kementerian dalam menangani perkembangan 'climate change'.

Jawapan

​Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah membangunkan Dasar Perubahan Iklim Kebangsaan pada tahun 2009. Dasar ini memberi penekanan kepada keseimbangan tindakan mitigasi dan adaptasi perubahan iklim serta pembangunan kental iklim yang menyumbang kepada aspirasi pembangunan mapan negara. Secara umumnya dasar ini menggariskan tindakan-tindakan strategik bagi meningkatkan daya tahan kepada impak perubahan iklim.

Mesyuarat Majlis Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim (MTHPI) juga telah memutuskan supaya kementerian dan agensi kerajaan yang melaksanakan aktiviti pengurangan pelepasan gas-gas rumah kaca memaklumkan sebarang kemajuan kepada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Selain dari ini, pihak Kementerian juga menekankan kepentingan ‘decoupling’ pembangunan daripada pelepasan kabon.

Akhirnya, kementerian sedang mengambil langkah untuk memastikan supaya kawasan litupan hutan di Malaysia tidak kurang daripada 50% untuk menyerap karbon dari atmosfera secara berterusan.

Di peringkat antarabangsa, 195 negara telah mempersetujui Paris Agreement semasa Persidangan Ke-21 Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFCCC) pada 12 Disember 2015 untuk menghadkan peningkatan suhu purata dunia kepada 1.5 atau 2.0 darjah Centigrade. Malaysia telah menandatangani Paris Agreement pada 22 April 2016 dan meratifikasikan perjanjian ini pada 16 November 2016.

Sekian, terima kasih.


Attachments