Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 6

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

27 March 2018

Tahun Persidangan

2018

Kategori

Hutan

Nombor Soalan

25

Soalan

Dato' Hasbullah Bin Osman [ Gerik ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah usaha pemuliharaan semula hutan yang akan dilaksanakan oleh Kementerian bersama Kerajaan Negeri untuk memastikan isu penerokaan hutan yang tidak terkawal dapat dibendung.

Jawapan

​Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah menubuhkan Centralised Enforcement Team (CET) sejak tahun 2013 yang merupakan usaha melaksanakan operasi penguatkuasaan secara bersepadu di antara Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Jabatan Alam Sekitar, Pejabat Tanah dan Galian, Pejabat Daerah dan Tanah dengan agensi penguatkuasa lain seperti Polis DiRaja Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah dan Jabatan Imigresen Malaysia.

Bagi kawasan-kawasan hotspot yang sensitif dan memerlukan penguatkuasaan yang rapi dan berterusan seperti Cameron Highlands, pihak kementerian juga telah menubuhkan Command Centre dengan menempatkan tiga (3) Jabatan di bawah Kementerian iaitu Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dan Pejabat Tanah dan Galian supaya tindakan penguatkuasaan dapat di jalankan dengan segera.

Bagi memulihkan kawasan hutan terosot, Kementerian melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia telah melaksanakan pelbagai program antaranya Projek Restorasi, Tebus Guna dan Pemulihan Kawasan Hutan Terosot di Semenanjung Malaysia, Projek Central Forest Spine (CFS) serta aktiviti Pemulihan Kawasan Hutan Terosot dengan melibatkan Badan Bukan Kerajaan (NGO).

Sekian, terima kasih.


Attachments