Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 6

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

22 March 2018

Tahun Persidangan

2018

Kategori

Air

Nombor Soalan

6

Soalan

Puan Hajah Siti Zailah Binti Mohd Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan status terkini kemajuan projek tebatan banjir di Sungai Golok Rantau Panjang dan apakah punca permasalahannya sehingga menyebabkan kelewatan pelaksanaannya.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman dalam RMKe- 9 dan RMKe-10, Kerajaan Persekutuan telah membelanjakan hampir RM 100 Juta bagi menstabilkan tebing Sungai Golok iaitu salah satu isu yang juga untuk memastikan dan mengurangkan kejadian banjir akibat tebing dan ban sungai yang runtuh. Dalam RMKe 11 pula, Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersapadu (PLSB) Sungai Golok Fasa 1 telah diluluskan oleh Kementerian Persekutuan bagi meneruskan  usaha-usaha untuk mengawal dan mengurangkan kesan dan akibat banjir.

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dalam proses untuk melaksanakan projek tebatan banjir di Sungai Golok iaitu Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sg. Golok (KESBAN) Fasa 1 dengan peruntukan sebanyak RM300 juta di dalam RMKe-11. Secara kronologinya, projek PLSB Sg. Golok (KESBAN) Fasa 1 telah melaksanakan Makmal Pengurusan Nilai (VA) dan Makmal Kejuruteraan Nilai (VE) pada Julai 2016 dan Jun 2017. Lawatan tapak tender telah diadakan pada September 2017 dan tarikh tutup tender pada November 2017. Penilaian dan perakuan tender oleh Lembaga Perolehan telah selesai pada Februari 2018. Seterusnya, permohonan Pengambilan Balik Tanah secara berperingkat telah diangkat ke Kementerian pada Februari 2018.

Sekian, terima kasih.


Attachments