Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 6

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2018

Kategori

Air

Nombor Soalan

173

Soalan

Datuk Jumat Bin Idris [ Sepanggar ]minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah perancangan Kementerian untuk memulihara dan menyelenggarakan sungai-sungai khususnya di dalam kawasan Parlimen Sepanggar agar bertambah baik.

Jawapan

​Tuan Yang di-Pertua,

Kerja-kerja penyelenggaraan sungai adalah di bawah tanggungjawab Kerajaan Negeri Walaubagaimanapun,Kerajaan Persekutuan jugamenyalurkan peruntukan mengikut keutamaan dan kawasan-kawasan yang kritikal berdasarkan permohonan daripada Negeri bagi penyelenggaraan sungai-sungai yang berisiko banjir.

Selain itu, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar melalui Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) sedang giatmenjalankan pelbagai kajian penyelidikan, pembangunan dan pengkormersialan (Research, Development and Commercialization, R & D and C)dalam bidang pemuliharaan dan pengurusan sumber air dan sekitarannya inibagi memastikan sumber air terutamanyasungai danekosistem persekitarannyaterpelihara.

Pemuliharaan sungai merupakan salah satu skop kajian dalam Program Penyelidikan Pengurusan Kualiti Air, Sekuriti dan Kelestariannya dibawah Rancangan Malaysia ke-11 (RMKe-11) yang dijalankan oleh NAHRIM. Program penyelidikan ini akan menghasilkan 13 Pelan Pengurusan Lembangan Sungai bagi 13 lembangansungaiutama.Di antaranyaadalah lembangan Sungai Santubong di Sarawak, Sungai Muardi Johor, dan Sungai Juru, Sungai Junjung, dan Sungai Batu Feringgi di Pulau Pinang.Walaubagaimanapun, sungai-sungai di kawasan parlimen Sepanggar tidak termasuk dalam senarai 13 lembangan sungaiyang akan dihasilkan Pelan Pengurusan Lembangan Sungai dalam RMKe-11 dan pihak Kementerian akan mengambil

maklum akan keperluan memulihara sungai-sungai yang terlibat dalam kawasan Parlimen Sepanggar.

Sekian, terima kasih.

Attachments