Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 6

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2018

Kategori

Air, Alam Sekitar

Nombor Soalan

114

Soalan

Tuan Gooi Hsiao Leung [Alor Setar] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan mengapa tiada pendakwaan dibawa terhadap pemaju dan atau Kerajaan Negeri Kedah apabila jelas undang-undang dilanggari dengan menjalankan kerja-kerja penambakan tanah laut dalam projek pembangunan Aman Laut di Kuala Kedah tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan Jabatan Alam Sekitar pada Mei 2017 lalu.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah menyediakan Kertas Siasatan (Investigation Paper, IP) terhadap pihak pemaju projek pembangunan Aman Laut Kuala Kedah dan akan dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk mendapatkan izin mendakwa terhadap kes ini.

Sekian, terima kasih.

Attachments