Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 6

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

22 March 2018

Tahun Persidangan

2018

Kategori

Air

Nombor Soalan

16

Soalan

Dr. Izani Bin Husin [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan bagaimanakah Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) akan dapat menyelesaikan masalah banjir di Kelantan.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Kerajaan Malaysia di bawah Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar telah meluluskan 2 projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) di Negeri Kelantan :

 

  1. Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Kelantan Fasa 1.

     
  2. Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok Fasa 1.



    Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) adalah merupakan projek gabungan pelbagai komponen utama seperti Rancangan Tebatan Banjir, Living River, Saliran Mesra Alam dan Kajian Water Balance.

    A)          Komponen utama bagi projek PLSB Sungai Kelantan Fasa 1 adalah :


 Rancangan Tebatan Banjir iaitu menaiktaraf sungai, pembinaan flood levee/ flood wall serta pembinaan control gate.


  1.  
  2. Living River iaitu penstabilan tebing sungai, kerja-kerja rawatan air sungai serta kerja-kerja pengorekan sungai.

     
  3. Saliran Mesra Alam iaitu penambahbaikan sistem saliran serta pembinaan kolam takungan.

     
  4. Kajian Water Balance .

    B)          Komponen utama bagi projek PLSB Sungai Golok Fasa 1 adalah :


 Rancangan Tebatan banjir iaitu pembinaan flood bund dan outlet gate.


  1.  
  2. Pantai iaitu pembinaan dyke dan kerja-kerja pengorekan.

Sekian, terima kasih.


Attachments