Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 6

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2018

Kategori

Air

Nombor Soalan

37

Soalan

Tuan Ahmad Marzuk Bin Shaary [ Bachok ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah cadangan-cadangan jangka pendek dalam menangani masalah banjir di kawasan Rantau Panjang dan Pasir Mas. Adakah Danau Tok Uban tidak bolehdimanfaatkan bagi mengurangkan permasalahan banjir.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Bagi penyelesaian jangka pendek, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sentiasa memantau dan menyelenggara sungai setiap tahun.

Manakala bagi penyelesaian jangkamasa panjang, NRE melalui JPS dalam dalam proses untuk melaksanakan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sg Golok Fasa 1 dengan peruntukan sebanyak RM300 juta di dalam RMKe-11. Walau bagaimanapun, penyelesaian banjir secara menyeluruh (total solution) perlu dilaksanakan yang melibatkan RTB Sg. Golok Fasa 2 dan Fasa 3 yang melangkaui pelaksanaannya sehingga RMKe-12 dan RMKe-13 dengan anggaran kos sebanyak RM1.1 bilion bagi mengurangkan kejadian banjir di kawasan Rantau Panjang.

Sekian, terima kasih.

Attachments