Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 6

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2018

Kategori

Alam Sekitar

Nombor Soalan

334

Soalan

Dato' Ngeh Koo Ham [ Beruas ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan sama ada Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) telah diperoleh sebelum aktiviti kuari diluluskan di Hutan Simpang Segari Melintang, Daerah Manjung, Perak. Nyatakan kesan daripada aktiviti-aktiviti kuari di kawasan tersebut kepada kawasan persekitaran.

Jawapan

​​Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) mendapati terdapat empat (4) kuari di kompartment 11, 12, 13, 14, 15, 16, 21, 22 dan 23, Hutan Simpang Segari Melintang, Daerah Manjung, Perak yang telah mendapat kelulusan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) dari tahun 1995 sehingga 2017.

Kajian mengenai impak alam sekitar dari segi kualiti udara, kualiti air, bunyi bising, gegaran, flora, fauna dan sebagainya telah dijalankan bagi mengenalpasti kesan-kesan aktiviti kuari di kawasan tersebut dan langkah-langkah kawalan yang akan dilaksanakan oleh pihak pemaju telah dinyatakan di dalam laporan EIA tersebut.

Sehingga kini, semua syarat kelulusan laporan EIA termasuk langkah-langkah kawalan yang ditetapkan telah dilaksanakan oleh kesemua kuari tersebut. Disamping itu, pihak JAS juga sentiasa memantau dan mengawasi aktiviti pengkuarian tersebut bagi memastikan pihak pemaju mematuhi syarat-syarat kelulusan laporan EIA.

Sekian, terima kasih.

Attachments