Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 6

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

21 March 2018

Tahun Persidangan

2018

Kategori

Air

Nombor Soalan

10

Soalan

Dr. Izani Bin Husin [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk mendalamkan Kuala Besar, Kota Bharu.

Jawapan

​Tuan Yang di-Pertua,

Kerja-kerja mendalamkan Muara Sungai Kelantan adalah termasuk dalam salah satu komponen utama Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Kelantan bagi menangani isu banjir di Lembangan Sungai Kelantan. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri Kelantan telah pun melantik satu syarikat secara konsesi untuk melaksanakan kerja-kerja mengorek dan mengeluarkan pasir untuk di eksport daripada Muara Kuala Besar, Kota Bharu iaitu melibatkan Muara Sungai Kelantan. Sehubungan dengan itu, komponen kerja ini tidak dilaksanakan oleh Kementerian di bawah PLSB Sungai Kelantan.

Sekian, terima kasih.

Attachments