Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 6

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

20 March 2018

Tahun Persidangan

2018

Kategori

Tanah

Nombor Soalan

14

Soalan

Dr. Azman Bin Ismail minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan purata masa yang diperlukan untuk menyelesaikan isu tuntutan harta pusaka di Malaysia. Apakah usaha-usaha yang telah dilakukan untuk memudahkan penyelesaian isu tuntutan harta pusaka ini .

Jawapan

​Tuan Yang di-Pertua,

Pada masa kini, JKPTG yang bertanggungjawab dalam pengurusan harta pusaka kecil di Malaysia menetapkan sasaran penyelesaian setiap tuntutan harta pusaka kecil dalam tempoh 4 bulan, berdasarkan pencapaian KPI tahun sebelum ini yang menunjukkan 80% dari jumlah permohonan yang diterima dapat diselesaikan dalam tempoh 4 ½ bulan.

Menjelang tahun 2020, JKPTG mensasarkan penyelesaian setiap kes dikurangkan kepada tempoh yang lebih singkat ke arah 2 bulan dengan inisiatif berikut;

i) Pindaan undang-undang kepada Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian)(Pindaan 2018) dan Peraturan-Peraturan Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) dengan fokus utama memberikan lebih pilihan dan kemudahan kepada rakyat;

ii) Penambahbaikan sistem MyeTaPP (Sistem Pengurusan Tanah Persekutuan dan Pusaka) dengan perlaksanaan integrasi antara agensi dan permohonan secara atas talian (online) dikuatkuasakan secara berperingkat;

iii) Penambahbaikan dalam Standard Operational Procedure (SOP) melalui perlaksanaan ISO 9001:2015 ke seluruh Unit Pembahagian Pusaka.

Sekian, terima kasih.

Attachments