Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 6

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

20 March 2018

Tahun Persidangan

2018

Kategori

Air

Nombor Soalan

18

Soalan

Tuan Ignatius Dorell Leiking [ Penampang ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan secara terperinci bagaimana Projek Lembangan Sungai Moyog akan mengurangkan kemungkinan banjir di daerah Penampang dan apakah tindakan Kementerian dengan pembersihan parit di daerah Penampang yang disyaki punca kenapa banjir melanda khususnya kawasan Kg. Kibabaig (di jalan raya Donggongon-Minintod/ juga di perumahan Shangrila Height), Kg. Sarapung, Kg. Kolopis, Kg. Tuavon, Kg. Nambazan, Kg. Ramayah, Kg. Maang, Kg. Sugud, Kg. Limbanak, Kg. Kituau dan kawasan yang terlibat.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Moyog, Sabah secara keseluruhannya meliputi kerja-kerja membina ban tanah, menaik taraf Sungai Putatan dengan bentuk trapezoidal, menaiktaraf sungai dengan bored piled, pembinaan jambatan dan pembinaan pintu air banjir

Keseluruhan outcome yang diperoleh daripada projek ini adalah seramai 38,000 penduduk bebas banjir pada tahap perlindungan 25 ARI (Average Recurrence Interval) bagi saliran dalaman dan 100 ARI bagi saliran utama/ sungai. Manakala, keluasan kawasan banjir yang dikurangkan adalah sebanyak 2,750 Ha daripada keluasan asal banjir iaitu 3,130 Ha dan seterusnya  dapat meningkatkan tahap dan kemampanan kualiti hidup bagi penduduk di kawasan Kepayan, Pekan Kibabaig, Pekan Donggongan dan Pekan Putatan serta menyelamatkan Jalanraya Minintod-Inanam daripada kejadian banjir.

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) juga menyediakan peruntukan bagi kerja-kerja penyelenggaraan sungai dan sistem saliran berdasarkan keperluan semasa. Walau bagaimanapun, kerja-kerja penyelenggaraan adalah di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Negeri dan mengikut peruntukan semasa.

 

Sekian, terima kasih.

 

Attachments