Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 6

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

15 March 2018

Tahun Persidangan

2018

Kategori

Air

Nombor Soalan

30

Soalan

Tuan Oscar Ling Chai Yew [ Sibu ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan tentang kaedah yang akan diambil oleh pihak Kementerian untuk mengatasi masalah banjir di kawasan Sg. Bidut, Sibu. Apabila banjir melanda, kebanyakan kebun sayur akan dimusnahkan dan mengakibatkan harga sayur di Sibu menaik, apakah rancangan Kementerian untuk mengatasi masalah ini.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Antara punca berlakunya banjir di kawasan Sg. Bidut, Sibu adalah disebabkan kawasan faktor geografinya yang rendah, pertembungan dengan air pasang serta terletak di kawasan tanah lembut (jenis tanah gambut).

Bagi penyelesaian jangka masa panjang, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) akan membuat kajian menyeluruh bagi perancangan dari segi pelaksanaan pemasangan dan penggunaan sistem pam di saliran d ikawasan tersebut dalam Rancangan Malaysia yang seterusnya.

Bagi penyelesaian jangka masa pendek, penyelenggaraan sistem saliran dari semasa ke semasa akan dilaksanakan melalui peruntukan yang disalurkan oleh Kementerian kepada JPS.

 

Sekian, terima kasih.

 


Attachments