Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 6

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

14 March 2018

Tahun Persidangan

2018

Kategori

Alam Sekitar

Nombor Soalan

36

Soalan

Dato' Sri Wee Jeck Seng [ Tanjong Piai ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah prosedur berikutnya yang dilaksanakan oleh Kementerian dan peranan Kementerian untuk suatu projek pembangunan di peringkat negeri seperti pembinaan lebuh raya, loji penjana kuasa elektrik ataupun empangan yang telah mengemukakan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) Malaysia mengikut keperluan di bawah Akta Kualiti Alam Sekitar

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) akan menilai Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) yang dikemukakan mengikut keperluan Environmental Impact Assessment Guideline in Malaysia 2016. Laporan EIA tersebut juga akan diedarkan kepada agensi-agensi yang berkaitan untuk tujuan penilaian mengikut bidang kepakaran agensi masing-masing supaya JAS dapat membuat pertimbangan untuk kelulusan sesuatu laporan EIA.

Setelah mendapat kelulusan, pemaju hendaklah mematuhi syarat-syarat kelulusan laporan EIA termasuk pelaksanaan pematuhan kendiri, mengemukakan laporan pematuhan secara berkala dan menjalankan audit pematuhan melalui pelantikan “ third party auditor” yang didaftarkan oleh JAS.
Selain daripada itu, lawatan pemeriksaan juga akan dijalankan oleh pegawai JAS untuk memantau kepatuhan pemaju kepada syarat-syarat kelulusan EIA tersebut. JAS akan mengambil tindakan perundangan jika pihak pemaju tidak mematuhi syarat kelulusan laporan EIA selaras dengan peruntukan Seksyen 34A(8), AKAS 1974.

Sekian, terima kasih.

Attachments