Tuan Yang di-Pertua,
Kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan di dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKe-11) Rolling Plan ke-2 sebanyak RM30 juta bagi melaksanakan Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Alor Gajah Fasa 1, Daerah Alor Gajah, Melaka. Status terkini projek tersebut adalah di peringkat reka bentuk terperinci oleh perunding.
Antara komponen yang akan dilaksanakan dalam projek tersebut adalah seperti berikut:
- Reka bentuk terperinci, kerja pengukuran dan penyiasatan tanah;
- Pembinaan kolam takungan serta struktur-struktur berkaitan; dan
- Menaik taraf sungai.
Sekian, terima kasih.