Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 6

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

13 March 2018

Tahun Persidangan

2018

Kategori

Alam Sekitar

Nombor Soalan

27

Soalan

Tuan Lim Guan Eng [ Bagan ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan bagaimana kelulusan DEIA boleh diberikan untuk projek maha besar iaitu projek tambakan laut (Projek Aman Laut), Kedah dengan cepat apabila ianya telah menjalankan tambakan laut secara haram sebelum ini. Berapakah keluasan tambakan dan nilai projek yang terlibat dan siapakah yang memiliki projek ini. Mengapakah tidak ada tindakan yang diambil ke atas mereka yang menjalankan tambakan laut.

Jawapan

​Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah mengeluarkan Perintah Berhenti Kerja (PBK) di bawah Seksyen 34AA Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 kepada Property Builder (Kuala Kedah) Sdn Bhd bertarikh 15 Mei 2017 supaya kerja-kerja tebus guna tanah laut diberhentikan serta merta. Perintah Berhenti Kerja ini dikeluarkan atas sebab-sebab pemaju projek telah menjalankan aktiviti yang ditetapkan tanpa Kelulusan Laporan EIA daripada Jabatan Alam Sekitar terlebih dahulu.

Walaubagaimanapun, Laporan EIA bagi cadangan aktiviti telah pun dikemukakan kepada JAS pada 15 Jun 2017. Laporan EIA tersebut telah diluluskan pada 29 Ogos 2017 setelah tindakan-tindakan dan langkah-langkah kawalan pencemaran yang akan diambil oleh pihak pemaju projek diperincikan dalam Laporan EIA tersebut.
Pihak pemaju bagi projek ini ialah Property Builder (Kuala Kedah) Sdn. Bhd. dan PKB Development Sdn. Bhd., manakala Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman (SSK) merupakan pemilik tanah bagi pembangunan ini. Kawasan yang dipohon untuk tebus guna tanah tersebut adalah seluas 151.62 ekar untuk tujuan pembangunan bercampur yang terdiri daripada guna tanah kediaman, komersial dan infrastruktur.

Perintah Berhenti Kerja (PBK) telah ditarik balik pada 5 September 2017 setelah Laporan EIA diluluskan.

Sekian, terima kasih.


Attachments