Yang di-Pertua,
NRE melalui Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah menjalankan kerja-kerja menyelamatkan spesies ini daripada ancaman kepupusan dengan penubuhan kawasan pemuliharaan secara in situ di habitat-habitat semulajadinya. FRIM sedang bekerjasama dengan pihak pemegang taruh dalam aspek-aspek pengurusan pemuliharaan spesies-spesies terancam ini. Sebuah kawasan telah dikenalpasti di INSTUN untuk tanaman semula germplasma yang dikutip dari hutan.
Semenjak penubuhan bank ini pada tahun 2014, beberapa spesies terancam telah dapat dikutip dari Hutan Simpan di Panti, Sungai Bantang dan Gunung Arong di Johor, serta Sungai Lalang, Selangor dan dibesarkan di dalam tapak semaian sebelum dipindahkan ke INSTUN untuk ditanam.
Selain penanaman ex-situ, FRIM terlibat dengan program konservasi melalui DNA Profiling spesies hutan dan herba. Dalam RMK 10 dan RMK 11, DNA setiap spesies hutan tropika dan herba di simpan di makmal genetik FRIM sebagai sumber maklumat sekiranya spesies ini mengalami kepupusan.
Sekian, terima kasih.