Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 6

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

12 March 2018

Tahun Persidangan

2018

Kategori

Alam Sekitar

Nombor Soalan

52

Soalan

Dato' Sri Dr. Haji Irmohizam Bin Haji Ibrahim [ Kuala Selangor ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah tindakan ke atas kontraktor yang gagal mematuhi syarat untuk melaksanakan kajian kebolehlaksanaan dan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) terutamanya dalam isu projek pembinaan terowong dasar laut di Pulau Pinang.

Jawapan

​Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) mendapati cadangan Projek Pembinaan Terowong Dasar Laut adalah tertakluk di bawah Seksyen 34A, Akta Kualiti Alam Sekeiling (AKAS),1974 iaitu mengemukakan dan mendapat kelulusan laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) sebelum sebarang aktiviti boleh dilaksanakan di tapak. Sehingga kini, JAS belum menerima laporan EIA tersebut dan didapati tiada aktiviti dijalankan di kawasan tapak. JAS boleh mengambil tindakan perundangan jika pihak pemaju telah memulakan aktiviti di tapak tanpa mendapat kelulusan laporan EIA selaras dengan peruntukan Seksyen 34A(8), AKAS 1974.

Sekian, terima kasih.


Attachments