Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 6

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

26 March 2018

Tahun Persidangan

2018

Kategori

Alam Sekitar

Nombor Soalan

50

Soalan

YB. Dato’ Isa Bin Ab. Hamid [ ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan jumlah kilang dan industri yang terlibat dengan pencemaran sungai dan sumber air negara pada tahun 2017 dan tindakan undang-undang yang telah diambil.

Jawapan

Tuan Yang di- Pertua,

Kementerian melalui agensi-agensi di bawahnya khususnya JAS memainkan peranan yang penting dalam memastikan kualiti sumber air negara sentiasa berada dalam keadaan baik dan boleh dimanfaatkan untuk kegunaan seharian oleh rakyat Malaysia. Perkembangan pesat sektor ekonomi seperti perumahan, pertambahan populasi penduduk dan aktiviti perindustrian memberi tekanan kepada usaha-usaha kerajaan mengekalkan kualiti sumber air negara pada tahap yang baik sepanjang masa. Pada masa ini Jabatan Alam Sekitar memantau lebih 52,000 punca pencemaran diseluruh negara dan kira-kira 3,800 darinya adalah premis-premis yang mengeluarkan sisa kumbahan dan effluen perindustrian terawat. Dari segi pematuhan terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 sebanyak 486 atau 1% sahaja premis di dapati melanggar standard yang ditetapkan di bawah AKAS, 1974.

Pada tahun 2017, premis yang didapati melanggar standard yang ditetapkan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 telah dikenakan tindakan-tindakan perundangan seperti berikut:
(i) Notis Arahan - 448
(ii) Kompaun - 381
(iii) Mahkamah - 286
(iv) Perintah Larangan - 2

Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, tidak semua premis boleh di kawal di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974. Antara premis yang tidak tertakluk kepada Akta ini antaranya pelepasan air basuhan dari pasar basah, ladang ternakan, aktiviti perlombongan dan pelepasan effluen bercampur kurang 60 meter padu sehari. Oleh yang demikian Kementerian ini ingin mengajak semua pihak untuk turut menguatkuasakan Akta dan Enakmen masing-masing yang berkaitan kawalan pencemaran air agar satu kawalan holistik dan bersepadu dapat diwujudkan demi kesejahteraan rakyat.

Sekian, terima kasih.

Attachments