Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 6

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

27 March 2018

Tahun Persidangan

2018

Kategori

Hutan

Nombor Soalan

71

Soalan

DATO' FAHARIYAH BINTI HJ MD NORDIN minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan bilangan pengunjung Zoo Negara, bilangan binatang yang berada dalam Zoo Negara serta jumlah perbelanjaan tahunan yang diperlukan untuk menyelenggara kemudahan dan penjagaan binatang di zoo tersebut.

Jawapan

​​

Tuan Yang di-Pertua,

Zoo Negara mencatatkan jumlah bilangan pelawat sebanyak 356,259 orang pada tahun 2017 dan 435,940 orang pada tahun 2016. Pada masa ini, terdapat 5,354 binatang di Zoo Negara. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 924 ekor daripada 130 spesies hidupan liar adalah merupakan yang tersenarai di dalam Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716].
Jumlah perbelanjaan tahunan yang diperlukan untuk menyelenggara kemudahan dan penjagaan binatang di Zoo Negara adalah sebanyak RM17.5 juta. Kos tersebut merangkumi perbelanjaan untuk gaji kakitangan, membaikpulih kemudahan awam, makanan binatang dan penyelenggaraan kandang binatang di zoo tersebut.

Sekian, terima kasih.


Attachments