Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 6

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

28 March 2018

Tahun Persidangan

2018

Kategori

Alam Sekitar

Nombor Soalan

2

Soalan

Dato' Indera Hoh Khai Mun minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan :-
(a) apakah tindakan Kementerian setelah Kerajaan menerima laporan lengkap mengenai jumlah pembalakan haram;
(b) apakah hasil dapatan daripada tinjauan terperinci yang telah dijalankan oleh Kerajaan.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) adalah sangat komited berhubung dengan isu pembalakan haram atau penerokaan haram. Pada masa ini penjenayah pembalakan haram atau kesalahan hutan boleh didakwa berdasarkan Akta Perhutanan Negara 1984 (Akta 313). Sepanjang tahun 2017, sebanyak 275 kes kesalahan hutan telah dikesan di Semenanjung Malaysia. Luas kawasan yang terlibat dengan pembalakan haram adalah 12 hektar dengan nilaian kerugian sebanyak RM 0.1 juta.

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) juga telah mengambil inisiatif-inisiatif bagi memperkasakan penguatkuasaan dalam membanteras pembalakan haram sepertimana berikut:

i. Memperkasakan Penguatkuasaan melalui Inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) Peringkat NRE

a. Program 1Malaysia Biodiversity Enforcement Network (1MBEON) dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM);

b. Program Centralized Enforcement Team (CET) yang menggabungkan semua agensi di bawah NRE secara bersepadu untuk aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan;

c. Operasi bersepadu bersama Polis DiRaja Malaysia di bawah Operasi Khazanah Negara;

d. Kerjasama dengan International Crime Police Organization (INTERPOL) bagi menangani jenayah perhutanan (Forestry Crime) di peringkat Nasional, Asia Pasifik dan Antarabangsa; dan

e. Kerjasama dengan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) melalui Pasukan Sukarelawan Renjer Hutan APM yang ditubuhkan di bawah Jabatan Perdana Menteri.

ii. Program Penguatkuasaan Bersepadu Peringkat JPSM

a. Penubuhan Pasukan Elit Penguatkuasaan JPSM (JET);

b. Pasukan penguatkuasaan perhutanan di negeri-negeri telah disediakan kemudahan logistik yang rugged seperti motosikal lasak dan penggunaan senjata api;

c. Program kawalan menyeluruh di kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) terutamanya bagi kawasan-kawasan yang dikenal pasti berisiko tinggi (hotspot) bertujuan membanteras aktiviti pencerobohan dan pembalakan haram di Hutan Simpanan Kekal;

d. Penubuhan Unit Perisikan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia bagi membantu tindakan penguatkuasaan yang tepat dan pantas;

f. Penggunaan teknologi terkini melalui aplikasi Sistem Forest Monitoring Using Remote Sensing Plus 5 (FMRS+5) bagi mengesan perubahan litupan kawasan hutan. Sistem ini disokong dengan penggunaan dron yang memberi gambaran kawasan secara real time; Geographical Information System (GIS) dan Global Positioning System (GPS); dan

g. Penubuhan bilik operasi 24 jam di Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dalam pemantauan kesalahan hutan.

Sekian, terima kasih.

Attachments