Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 6

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

28 March 2018

Tahun Persidangan

2018

Kategori

Alam Sekitar

Nombor Soalan

76

Soalan

Datuk Lim Pay Hen meminta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah prosedur dan penguatkuasaan yang dilakukan oleh Kementerian ke atas pencemaran oleh ladang kelapa sawit haram apabila terdapat laporan penilaian impak alam sekitar (EIA) yang jelas membuktikannya seperti kes di Jementah di mana sebuah kilang kelapa sawit beroperasi tanpa lesen yang sah.

Jawapan

​​

Tuan Yang di- Pertua,

Cadangan pembinaan dan operasi kilang kelapa sawit adalah tidak tertakluk di bawah Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan)(Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 2015 dan tiada keperluan penyediaan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA). Kewujudan sesebuah Kilang Kelapa Sawit tidak memerlukan Laporan EIA disediakan dan diluluskan oleh JAS. Aktiviti operasi Kilang Kelapa Sawit dikawal di bawah Seksyen 18, Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 iaitu premis tersebut perlu dilesenkan oleh JAS bagi mengawal pencemaran yang diakibatkan oleh aktiviti kilang tersebut. Pemberian Lesen operasi kepada Kilang kelapa Sawit akan disertakan dengan syarat-syarat operasi dalam bentuk Jadual Pematuhan agar apa jua aktiviti yang dilakukan oleh kilang tersebut dapat dipantau, dikawal dan diambil tindakan segera demi menjaga alam sekitar.

Kawalan terhadap pencemaran udara:
Dikawal di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih), 2014 yang mana apa juga pelepasan ke udara oleh Kilang Kelapa Sawit tersebut perlu mematuhi Standard pelepasan cerobong ke udara seperti yang ditetapkan. Bagi memastikan standard ini dipatuhi sentiasa semua kilang kelapa sawit disyaratkan untuk memasang “Continuous Emission Monitoring System” CEMS di setiap cerobong dan data-data pelepasan asap akan dicerap dan dihantar ke JAS secara on-line.


Kawalan Pelepasan Effluen:
Pelepasan Effluen kilang kelapa sawit dikawal di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Minyak Kelapa Sawit Mentah), 1977 yang mana apa jua pelepasan effluent dari kilang kelapa sawit perlu mematuhi standard yang ditetapkan di bawah peraturan ini. Kawalan Sisa “Empty Fruit Bunch” EFB dan Buangan Terjadual:

Sisa-sisa buangan tandan kosong buah kepada sawit (EFB) dikawal dengan mengenakan syarat di dalam lesen operasi kilang untuk menguruskan tandan-tandan kosong dengan baik dan tidak mencemarkan alam sekitar seperti menghantar ke loji kompos dan dihantar semula ke ladang sebagai baja organic.
Buangan berbahaya akan dikawal mengikut Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual), 2005 yang mana semua buangan yang dikategorikan sebagai buangan berbahaya perlu dilupuskan oleh operator yang dilesenkan oleh JAS.

Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat lawatan penguatkuasaan terkini yang dilakukan oleh JAS pada 11 Disember 2017 menunjukkan kilang ini mematuhi semua syarat yang ditetapkan di bawah AKAS, 1974.

Sekian. Terima kasih


Attachments