Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 6

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

29 March 2018

Tahun Persidangan

2018

Kategori

Tanah

Nombor Soalan

101

Soalan

Datuk Haji Megat Zulkarnain bin Tan Sri Haji Omardin minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan isu pemilikan tanah di Ijok, Selangor dilihat seolah-olah tergantung, tanpa ada sesiapa melihat kepada kesengsaraan yang dialami peneroka yang terlibat dengan pengambilan tanah mereka. Apakah perancangan Kerajaan di dalam memastikan kebajikan rakyat yang terlibat dengan pengambilalihan tanah mereka terjamin di samping itu memastikan mereka mendapat pembelaan yang sewajarnya.

Jawapan

Tuan Yang di- Pertua,

Semakan oleh Kementerian ini mendapati bahawa isu pengambilan tanah di Ijok, Selangor, sekiranya ada, diuruskan proses pengambilan tanah oleh Pihak Berkuasa Negeri Selangor untuk projek negeri Selangor. Pihak Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) hanya menguruskan proses pengambilan bagi projek-projek Persekutuan sahaja. Oleh yang demikian, soalan ini lebih sesuai dibangkitkan di Dewan Undangan Negeri Selangor.

Sekian, terima kasih.


Attachments